Forever Young


Microsoft Excel : Markah dan Gred
Wednesday, October 28, 2015
Assalammualaikum...
Tugasan kali ini ialah untuk mengisi markah tahunan murid menggunakan Microsoft Excel. Contoh jadual pemarkahan boleh hakak-hakak, hadik-hadik dan habang- habang view gambar yang kat bawah ni yer.

Ok. Kalau ikut dalam gambar kat bawah tu ada markah untuk bulan Jan, Mac, Mei, Jun dan Ogos kan? Kan? Nampak dak?*sapa tak nampak dia fendek umur* So, macam mana nak kira yang part 100% tu??? Senang ja. 

1. Klik pada row H7*kotak yang kita nak isi peratus*
2. fx / Formulas --> Insert Function



3. Klik pada Average


4. Klik pada markah bulan Jan untuk bahagian 'Number 1', Mac untuk 'Number 2' dan selanjutnya sampai bulan Ogos.*sila rujuk gambar dibawah untuk lebih jelas*


Ok. Seterusnya, macam mana pulak kita nak kira part 20% dari ujian? Jom kita pi step ke 5 pulak nah.

5. Klik pada kotak fx, masukkan macam ini '=20/100*'
6. Klik lagi pada simbol 'fx' dan klik Average
7. Pada kotak 'Number 1' klik data/angka pada row 100% yang sudah dikira tadi*untuk dapatkan semua data pada 20%, double-klik pada kotak angka yang telah dikira tadi. pastikan masa nak double-click tu cursor anda bertukar pada simbol +*


Seterusnya, untuk mendapatkan gred.

8. Klik pada kotak gred yang hendak di isi
9. Klik fx dan cari formula VLOOKUP

Boleh view gambar kat bawah untuk lebih jelas ya anak-anak...


10. Lookup_value: Klik pada J7*iaitu angka peratus yang sebelah gred*
        Table_array: Drag pada kotak markah untuk 'Markah' & 'Gred'
      Col_index_num: 2
      Range_lookup: TRUE

Sila lihat contoh dibawah...


Kira JUMLAH keseluruhan pulak:

11. Klik fx dan pilih SUM


dan...dia akan keluar box macam gambar kat bawah ni kan?

12. Klik serentak pada markah 20% dari ujian, 330% dari peperiksaan pertengahan dan 50% dari peperiksaan akhir. Then Klik OK. *macam tadi jugak, kalau nak dapatkan full jumlah untuk semua row JUMLAH tu..double-click pada hujung bawah kanan kotak JUMLAH yang kita dah kira nilai tadi*


Ok. Siap bab markah tu. Sekarang kita nak kira untuk BILANGAN berapa orang murid yang mendapat gred TH, E, D, C, B dan A.

1. Taip simbol equal/=
2. Klik fx dan pilih formula COUNTIF


3. Range: Drag collumn GRED yang sebelah kotak jumlah tu...*tak faham boleh rujuk gambar di bawah*
      Criteria: TH/E/D/C/B/A*kena buat satu persatu gred*


Untuk kira PERATUS pula...

4. Taip =1/24*1 tu maksudnya seorang yang dapat gred A. 24 tu pula adalah keseluruhan jumlah pelajar*, tekan Enter dan Klik pada simbol peratus


Kemudian, cara-cara nak bina graf pula berdasarkan data yang telah kita kira tadi. 

1. Klik pada INSERT graph


2. Select Data: Drag serentak untuk bahagian GRED dan % *buat 1 persatu yer*


Inilah hasilnya...untuk darjah 3 dan 4

 


Ok ! Next !*wahhh...banyaknta tutorial..kalah buat tutorial tudung kauu* 
Seterusnya, kita buat graf utuk taburan guru.

1. Bina jadual beserta data yang berkaitan
2. Drag semua jadual tadi
3. Klik INSERT---> COLUMN CHART

Tadaaa...!!! siap sudaa.....!



Sekian...Terima Kasih.


0 Comments:

Post a Comment



Thanks for reading :)




Older Post . Newer Post
Copyright© All Rights Reserved alwanijohari.blogspot.com