Forever Young


Tugasan 3 : Perisian Persembahan PowerPoint
Thursday, October 15, 2015
Assalammualaikum...Salam Sejahtera...dan Salam Perak Aman Jaya *cewahhh..hahaha..tetiba pulak kan Salam Perak*

Harini saya nak buat sikit tutorial a.k.a submit tugasan yang ke-3 iaitu Perisian Persembahan PowerPoint. OK !!! Let's start now bebeh ! 

First of all kena lah buka Microsoft PowerPoint. Kemudian, adik-adik, hakak-hakak dan abang-abang boleh taip je apa-apa kat slide tu.

Then, kita masukkan langkah untuk hyperlink pulak yer. Hyperlink tu tau ke mende? Maksudnya macam ia memudahkan kita untuk ke slide yang berkaitan. Paham tak? Alaa..maksudnya macam jln shortcut la. Kita just klik je shape yang kita dah hyperlink-kan tadi. Contohnya macam gambar kat bawah ni....


Macam mana nak buat hyperlink tu??? Haaa...mai nak habaq. Mula-mula kena klik kat shape contohnya 'Latar Belakang' macam dalam gambar tu *right click yer* Lepas tu akan keluar box 'Insert Hyperlink' seperti gambar dibawah.


Kemudian, klik pada 'Place in This Documents' dan klik pada 'Slide 2' sebab saya punya slide 'Latar Belakang' ada pada slide yang ke-2. Ulang step yang sama jugak untuk bahagian yang lain yer.

Langkah yang seterusnya ialah untuk Animation *ini untuk bagi effect gerak-gerak pada gambar/perkataan*


Klik pada perkataan yang nak digerakkan. Kemudian klik 'Animations' dan pilih je nak cara gerak-gerakkan perkataan yang mcm mana seperti gambar di atas.

Seterusnya, kita buat pula langkah untuk pergerakan slide-slide yang kita dah buat. Senang je...klik pada 'Transitions' dan pilih pergerakkan masuk slide-slide yang ada seperti gambar dibawah.


Lastly, langkah untuk buat button 'Play' , 'Pause' , 'Stop'. Langkah yang pertama ialah kita kena buat 3 shape untuk play, pause & stop untuk kegunaan video yang kita dah masukkan dalam powerpoint seperti gambar dibawah ye anak-anak. Selepas itu, klik 'Animation Pane'.


Kemudian klik pada tengah-tengah video terlebih dahulu dan klik 'Add Animation' > button play yang tiga segi seperti gambar dibawah.


 

Klik arrow hujung kecik macam dalam gambar kat bawah > 'Timing' > akan keluar box 'Play Video'.


Selepas itu, klik 'start effect on clik of' dan klik pada perkataan 'play' kerana shape play saya dekat video tadi ialah button play bagi video tersebut. Kemudian, ulang step yang sama untuk button pause & stop.


Sekian,, itu sahaja. Nampak susah tak?? hahahaha 

Jumpa lagi pada tugasan yang akan datang ehh  







0 Comments:

Post a Comment



Thanks for reading :)




Older Post . Newer Post
Copyright© All Rights Reserved alwanijohari.blogspot.com