Forever Young


Tutorial: Penyuntingan Audio Menggunakan Audacity
Wednesday, December 2, 2015
Assalamualaikum...hari ini saya akan membuat sedikit tutorial iaitu bagaimana hendak membuat penyuntingan audio menggunakan Audacity. Tau ka Audacity tu apa? Hokeh,, audacity ni dia merupakan editor audio digital untuk edit atau mengolah suara dengan mudah. Kelebihan perisian ini ialah kita dapat:

- Membuat buku dalam bentuk CD/bahan pengajaran & pembelajaran.
- Merakam suara, muzik dari CD, DVD/Radio.
- Merakan podcasts.
- Membuat ringtone
- Mengedit lagu/suara

Okey now, let's start ! First, buka dulu Audacity dan keluar seperti gambar di bawah


Ini adalah contoh fungsi button di atas:

1. Button Play
2. Button Skip to end
3. Button Ski to start
4. Button Stop
5. Button play
6. Button pause



Okeh,, bagi memulakan sesi percakapan tekan Button Record untuk merakam suara.
Apabila kita dah selesai bercakap, menyanyi ke apa...tekan ja Button Stop untuk berhenti.
Kalau nak dengar balik suara yang kita rakam tadi, tekan ja Button Play.



Kemudian,, kalau kita nak membuang sebahagian ayat rakaman...contoh macam ada part tu yang tak sedap dengar atau tak sesuai,, kita boleh ja buang bahagian tersebut. So how??
Klik pada Selection tool dan kita drag ja bahagian yang kita nak buang itu. Then klik delete kat keyboard.



Step yang seterusnya ialah untuk kita meningkatkan kualiti suara pada rakaman.
Klik pada menu bar.
Pilih Select>klik All


Klik pula pada menu Effect>Bass and Boost
Kemudian akan keluar box dan tekan ja Ok
Lepas tu,, tekan Button Play dan suara kita tadi akan meningkat berbanding yang asal.



Sekarang kita nak buat pula step untuk menghilangkan suara vokal dan hanya tinggal muzik ja macam karaoke tuu...
Klik Effect pada menu bar kemudian pilih Vocal Remover.



Lepas tu...kalau kita nak masukkan audio atau apa-apa lagu dalam rakaman suara kita tadi...
Klik pada File>Import>Audio
Pilih lokasi audio tu simpan kat mana. Klik Button Open.

OK. SIAPPPP.....!!!! Yess.. :)

Thanks.





0 Comments:

Post a Comment



Thanks for reading :)




Older Post . Newer Post
Copyright© All Rights Reserved alwanijohari.blogspot.com